Papagomo bebas jaminan polis, 16 individu diambil keterangan

Papagomo bebas jaminan polis, 16 individu diambil keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini mengambil keterangan seramai 16 individu berkaitan kes tipu wang derma membabitkan blogger Papagomo dengan memanipulasi nama sebuah syarikat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kesemua individu itu direkod keterangan bagi membantu siasatan berkaitan kes membabitkan Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris didakwa mengutip derma awam menggunakan nama sebuah syarikat.

“Lelaki itu juga telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya selesai direkodkan.

“Siasatan sedang dilengkapkan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Media semalam melaporkan Papagomo ditahan di rumahnya di Putrajaya dekat sini awal pagi semalam oleb Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman.

Turut difahamkan, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes memanipulasikan nama sebuah syarikat bagi mengutip dana daripada orang awam.

Difahamkan, penahanan itu dilakukan susulan satu laporan polis dibuat seorang menteri pada Julai lalu.

Dalam tangkapan itu, pihak polis turut merampas telefon bimbit milik Papagomo dan blogger terbabit kini ditahan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini bagi siasatan lanjut.

Sementara itu, peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali dalam kenyataan berkata, Wan Muhammad Azri ditahan kira-kira pada 1.30 pagi dan laporan ini terkait satu isu berkenaan syarikat Invoke Solutions.

“Mahkamah setelah mendengar hujahan dan telah memerintahkan reman satu hari. Perkembangan lanjut akan dimaklumkan,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya