Pantau awal di lokasi risiko banjir mudah tugas ATM menyelamat

Pantau awal di lokasi risiko banjir mudah tugas ATM menyelamat

MOHAMED Khalid Nordin (tengah) semasa turun padang meninjau Op Murni 8 ATM membantu mangsa banjir yang berlindung di PPS SK Gual Sitok, Rantau Panjang, Kelantan hari ini. -UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memantau kawasan-kawasan yang berpotensi ditenggelami banjir sebagai persediaan menghadapi musibah itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin berkata, pemantauan sebelum banjir itu bertujuan mengenal pasti laluan-laluan yang boleh diakses oleh aset-aset ATM seperti bot bagi melancarkan tugas menyelamat mangsa banjir.

Katanya, bentuk muka bumi di lokasi terlibat turut dilihat sama ada kawasan itu berbukit dan mempunyai curam yang dibimbangi boleh menghalang tugasan membawa keluar penduduk terjejas.

“ATM sentiasa bersedia dalam berdepan apa jua ancaman berkait dengan soal keselamatan negara dan tidak terhad kepada peperangan sahaja. Hari ini kita berdepan dengan acaman perubahan cuaca dihadapi oleh negara.

“Perubahan ini (cuaca) boleh menyebabkan negara berdepan dengan keadaan huru-hara. Oleh yang demikian, ATM sentiasa bersiap sedia untuk berdepan sebarang kemungkinan” katanya selepas melakukan lawatan menerusi Op Murni ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi, di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, selain melihat keadaan banjir dan mangsa dalam rangka lawatannya, beliau turut menitikberatkan peranan yang dimainkan oleh ATM supaya sentiasa bersedia dan berkesan dalam melaksanakan operasi.

Katanya, ATM juga perlu benar-benar membantu dalam memastikan masalah dan cabaran semasa melaksanakan operasi banjir diurus dengan baik.

“Segala persediaan itu dilakukan supaya masayarakat tidak berhadapan dengan keadaan yang lebih teruk semasa banjir.

“Usaha-usaha ini dilakukan supaya semua pihak akhirnya selamat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya