Panah anjing: SAFM gesa saksi bantu siasatan

Panah anjing: SAFM gesa saksi bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) menggesa saksi kejadian anjing dipanah di Ladang Malaya, Selama, Perak supaya tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.

SAFM mengecam perbuatan kejam itu dan menggesa saksi untuk membuat laporan polis serta aduan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

“Keterangan saksi adalah bukti penting dalam memastikan tindakan sewajarnya diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan.

Perkara ini dibuat susulan hantaran di media sosial yang mendakwa seorang pekerja telah memanah seekor anjing pada 22 Disember lalu sehingga menyebabkan haiwan tersebut mati.

Selain itu, persatuan tersebut turut mendesak siasatan menyeluruh dilakukan terhadap kes berkenaan. 

SAFM menegaskan, mengikut Seksyen 30 Akta Kebajikan Haiwan, pelaku kekejaman terhadap haiwan boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau hukuman penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kami berharap supaya undang-undang berkaitan kebajikan haiwan terus dikukuhkan serta mengetatkan penguatkuasaan bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang.

“SAFM menyeru seluruh masyarakat untuk bersatu dalam menegakkan hak haiwan dan memastikan tindakan tegas diambil terhadap pelaku kekejaman ini,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak berkuasa bagi membantu siasatan dan menegakkan keadilan untuk haiwan terbabit. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya