Pakej Menelusuri Sirah, Umrah Andalusia perkenal lokasi menarik di Arab Saudi

Pakej Menelusuri Sirah, Umrah Andalusia perkenal lokasi menarik di Arab Saudi

IDA Riswana Idris bersama Alif Satar beramah mesra dengan jemaah yang hadir sempena keberangkatan Pakej Menelusuri Sirah & Umrah di KLIA di sini, - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) terus mencipta kelainan dalam perkhidmatan umrah apabila menawarkan pakej Menelusuri Sirah dan Umrah dengan menawarkan penerokaan ke lokasi menarik di Arab Saudi.

Lebih menarik, pakej itu yang ditawarkan Andalusia dengan kerjasama Saudi Authority (SAT) Tourism turut diserikan dengan penyertaan duta WExpress iaitu Alif Satar.

Pengarah merangkap Penasihat Undang-Undang Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Ida Riswana Idris berkata, penawaran pakej itu yang dilaksanakan dengan kerjasama SAT antara lain bertujuan memperkenalkan lokasi menarik di sana.

“Ini adalah kerjasama kali pertama dibuat dengan SAT yang mana kami ingin memperkenalkan lebih banyak destinasi menarik di Arab Saudi dan bukannya semata-mata ibadah umrah sahaja.

“Jadi, melalui kerjasama ini, kami ingin membawa lebih ramai jemaah untuk meneroka pelbagai lokasi menarik di Arab Saudi sambil menghayati sejarah yang berada di situ,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 di sini awal pagi tadi.

Untuk rekod, melalui pakej itu, jemaah umrah akan melawat beberapa lokasi menarik di Arab Saudi selain Mekah dan Madinah seperti Khaybar, Al Ula, Jeddah serta Riyadh.

Mengulas lanjut, Ida Riswana berkata, pakej itu juga turut diselitkan dengan aktiviti menarik lain seperti ‘Fun Walk and Run’ dari Masjid Nabawi ke Masjid Quba.

“Melalui aktiviti itu, kita akan membawa jemaah menghayati penceritaan sejarah berkaitan agama Islam selain turut menawarkan hadiah sehingga 1,000 riyal kepada pemenang tempat pertama,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perancangan untuk mempeluaskan pakej seumpana itu, Ida Riswana berkata, Andalusia menetapkan sasaran untuk membawa lebih ramai jemaah untuk menjelajah lokasi itu pada masa depan.

“Sebenarnya, SAT ada cita-cita yang besar memandangkan banyak destinasi menarik lain di negara itu selain Riyadh dan Al Ula. Insya-Allah kita akan mempeluaskannya dan bawa lebih ramai umat Islam ke sana,” katanya.

Sebelum ini, Andalusia memperkenalkan pakej berkenaan sempena musim cuti sekolah kali ini dengan menawarkan pelbagai lokasi menarik untuk dikunjungi di Arab Saudi termasuk di Riyadh dan Al Ula.

Antara aktiviti dan lokasi yang bakal dikunjungi dalam siri pakej tersebut termasuklah Al Masmak Palace, Saudi National Museum, Souk Al Zal dan program Fun Walk & Run bersama Alif Satar.

Pakej tersebut ditawarkan pada harga bermula dari RM12,290 sehingga RM15,990. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya