Padah rentas sempadan guna pangkalan haram

Padah rentas sempadan guna pangkalan haram

LIM Teik Hooi (kiri) bersama Mohammad Azrol (dua dari kiri, belakang) dan Mohd. Karlili (tengah, belakang) selepas didakwa atas pertuduhan menggunakan pangkalan haram di Mahkamah Majistret Pasir Mas, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Tiga lelaki didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memasuki negara ini dari Thailand menggunakan laluan yang tidak sah di pangkalan haram Pohon Jambu, Rantau Panjang pada Isnin lalu.

Kesemua tertuduh ia­itu Mohd. Karlili Mohd. Hussin, 33, yang merupakan pemandu bot tambang bersama dua penumpangnya, Lim Teik Hooi, 21, dan Mohammad Azrol Azhar, 26, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Mohd. Izdham Naim Che Ani selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan.

Mengikut ­pertuduhan, ketiga-tiga mereka didakwa memasuki Malaysia dari Thailand dengan menggunakan laluan yang tidak dibenarkan untuk masuk ke negara ini.

Kesalahan itu dilakukan pada 16 Disember lalu di tebing sungai dekat pangkalan haram Pohon Jambu, Rantau Panjang di sini kira-kira pukul 4 petang.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 57 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan hukuman denda RM2,500 kepada setiap tertuduh dan penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Ketiga-tiga tertuduh membayar denda yang ditetapkan oleh mahkamah.

Sebelum ini melaporkan, tindakan tiga individu merentas sempadan Malaysia-Thailand menggunakan laluan tidak saha membawa padah apabila mereka ditahan pihak berkuasa.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya