Padah langgar lari, kereta Mercedes dipandu terbakar

Padah langgar lari, kereta Mercedes dipandu terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang pemandu kereta melanggar lari selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di Kilometer 8, Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) semalam, membawa padah apabila kenderaannya terbakar tidak lama kemudian.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.35 tengah hari itu, pemandu Mercedes GLE450 AMG dilaporkan sebelum itu telah melanggar penunggang motosikal jenis Honda Vario 160 yang sedang bergerak lurus di lorong kiri, berhampiran Plaza Tol Chan Sow Lin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, pemandu berusia 34 tahun itu bagaimanapun tidak berhenti selepas perlanggaran dan meninggalkan penunggang motosikal yang mengalami kecederaan parah.

“Akibat perlanggaran tersebut, penunggang motosikal tercampak ke jalan raya serta mengalami kecederaan serius di kepala, muka dan perut.

“Pemandu kereta itu bagaimanapun, terus memandu ke arah Wangsa Maju, namun tindakannya membawa padah apabila kenderaannya terbakar di Kilometer 18.1 lebuh raya sama, berhampiran Plaza Tol Wangsa Maju,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohd. Zamzuri, kereta tersebut terbakar di bahagian bonet hadapan sebelum terhenti sepenuhnya di lokasi kejadian.

“Pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan namun telah ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan permohonan reman terhadapnya telah dibuat,” jelas beliau.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan bertanggungjawab jika terlibat dalam kemalangan.

“Orang ramai diingatkan supaya membuat laporan polis dengan segera seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 52(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Insiden kebakaran tersebut turut disahkan oleh Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur yang menerima panggilan kecemasan pada jam 1.38 tengah hari.

“Kebakaran memusnahkan bahagian enjin kereta itu sepenuhnya, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Hotline Balai Polis Trafik Kuala Lumpur di talian 03-2026 0267/69 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999. – UTUSApolis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya