Padah curi selipar, pemandu e-hailing curi selipar didenda RM500, penjara sehari

Padah curi selipar, pemandu e-hailing curi selipar didenda RM500, penjara sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gara-gara mencuri selipar bernilai RM98, seorang pemandu e-hailing didenda RM500 dan penjara sehari oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu, bulan lalu.

Majistret Illi Marisqa Khalizan membuat keputusan itu setelah tertuduh, Samsul Azman Martias, 29, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya. Sekiranya gagal membayar denda berkenaan, tertuduh perlu dipenjara selama 14 hari.

Mengikut pertuduhan, Samsul didapati telah mencuri sepasang selipar jenama Adidas berwarna hijau bernilai RM98 pada pukul 1.30 petang, 24 November lalu di butik Original Classic, Quill City Mall, Jalan Sultan Ismail di sini.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Syafika Azwa Fikri mencadangkan hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

Bagaimanapun, peguam bela, Narandra Kangatharan yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan atas alasan anak guamnya perlu menanggung keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya