PAC pelik sikap lengah KESUMA pinda Akta PSMB 2001

PAC pelik sikap lengah KESUMA pinda Akta PSMB 2001

HRD Corp
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) didakwa berlengah dalam meminda Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 (Akta PSMB 2001) walaupun terdapat banyak kelompongan yang perlu diperbaiki.

Menurut laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dibentangkan di dalam Dewan Rakyat, pihaknya mempersoalkan kelewatan tersebut terutama berkaitan isu kedudukan wakil Bank Negara Malaysia (BNM) dalam Jawatankuasa Pelaburan HRD Corp. 

“BNM telah menghantar surat kepada HRD Corp dan KESUMA sudah pasti mengetahui perkara ini kerana Ketua Setiausaha KESUMA sendiri duduk dalam Lembaga Pengarah HRD Corp sejak 2010. 

“Sikap ini sungguh memelikkan dan menghairankan,” kata laporan dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini. 

Pada masa sama, PAC turut mendapati terdapat kekeliruan dalam mentafsir syor PAC (vii) oleh KESUMA. 

“Melalui syor PAC (vii), PAC tidak bermaksud mengesyorkan KESUMA untuk melantik perunding bebas bagi tujuan semakan semula Laporan Ketua Audit Negara (LKAN). 

“Apa yang dimaksudkan PAC ialah lantik perunding bebas untuk melaksanakan pengauditan forensik yang bertujuan melihat keberkesanan program-program latihan yang dijalankan di bawah HRD Corp. 

“Ini adalah disebabkan oleh aduan kecelaruan yang berlaku dalam pengurusan latihan,” katanya.

Selain itu, PAC telah mengesyorkan supaya jawatan pegawai undang-undang dan setiausaha syarikat haruslah individu yang berlainan untuk memastikan tanggungjawab berkaitan dapat dijalankan dengan sebaiknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya