PAC hairan keputusan SPRM mengklasifikasi NFA siasatan HRP Corp

PAC hairan keputusan SPRM mengklasifikasi NFA siasatan HRD Corp

HRD Corp
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) melahirkan rasa hairan terhadap keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengklasifikasikan kes melibatkan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).

Menurut laporan PAC yang dibentangkan di dalam Dewan Rakyat, PAC menyatakan bahawa keputusan itu bertentangan dengan dapatan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dibentangkan pada Julai lalu.

Katanya, LKAN telah menyatakan ada unsur jenayah atau salah guna kuasa dalam HRD Corp.

“Mengenai kedudukan kes HRD Corp oleh SPRM selepas laporan PAC dan LKAN dibentangkan Julai lalu, di mana Jawatankuasa ini telah dimaklumkan oleh SPRM dalam prosiding tindakan susulan bahawa kes HRD Corp diklasifikasikan sebagai NFA.

“Ini adalah satu lagi yang amat menghairankan dan memelikkan kerana LKAN telah menyatakan ada unsur jenayah atau salah guna kuasa dalam HRD Corp malah PAC sendiri melalui 10 prosiding yang diadakan bermula Oktober 2023 hingga Mac 2024 mendapati ada unsur salah guna kuasa dalam HRD Corp,” kata laporan dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini. 

Pada Julai lalu, SPRM mengesahkan telah memulakan penyiasatan berhubung isu HRD Corp dengan mengambil dokumen-dokumen berkaitan Laporan Ketua Audit Negara dari Kementerian Sumber Manusia dan HRD Corp.

Hasil analisis awal mendapati 12 rumusan teguran yang diketengahkan dalam Laporan Audit tersebut.

Namun begitu, fokus utama siasatan SPRM menjurus kepada elemen-elemen jenayah yang tertakluk di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

SPRM turut menjelaskan bahawa pihaknya akan menumpukan siasatan terhadap isu-isu kelemahan pengurusan dan ketidakakuran peraturan kerana perkara-perkara tersebut telah pun dijelaskan dan diperkemaskan oleh pengurusan HRD Corp sewaktu Exit Conference dengan Jabatan Audit Negara sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya