P. Pinang setuju kecualikan bayaran tunggakan denda cukai 100 peratus

P. Pinang setuju kecualikan bayaran tunggakan denda cukai 100 peratus

CHOW KON YEOW
CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Pulau Pinang bersetuju memberikan pengecualian bayaran tunggakan denda terhadap cukai tanah dan cukai petak sebanyak 100 peratus kepada semua pemilik tanah serta petak di negeri ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pengecualian tunggakan denda itu akan diberikan kepada mereka yang membuat bayaran cukai tersebut antara 2 Januari hingga 28 Februari depan.

“Selain itu, kerajaan negeri juga bersetuju memberikan pengurangan tunggakan denda cukai tanah dan cukai petak sebanyak 50 peratus kepada semua pemilik tanah serta petak yang membuat bayaran mulai 1 Mac sehingga 31 Mei 2025.

“Kedua-dua insentif serta tawaran tersebut turut dipanjangkan kepada pemilik tanah atau pemilik petak yang telah menerima Notis Denda 6A (cukai tanah) atau Notis Denda 11 (cukai petak),” katanya di sini, hari ini.

Menurut Kon Yeow, tawaran pengecualian dan pengurangan tunggakan cukai tanah serta cukai petak dinyatakan tidak dipanjangkan kepada pembayar yang membuat pembayaran secara ansuran. 

“Tawaran ini juga bukan berbentuk retrospektif serta tidak boleh dinikmati oleh pemilik tanah atau petak yang membuat pembayaran tunggakan denda lewat sebelum tarikh pengecualian dan pengurangan ini dikuatkuasakan.

“Secara keseluruhan, hasil semakan mendapati bahawa terdapat tunggakan denda lewat yang tinggi melibatkan 40,371 akaun cukai tanah dan cukai petak (67,537 akaun) di Pulau Pinang berjumlah hampir RM40.1 juta,” katanya.

Tambah beliau, sekiranya para pemilik tanah dan pemilik petak tidak membuat bayaran cukai tanah serta cukai petak dengan segera, dikhuatiri tanah atau petak mereka akan dilucut hak oleh Pihak Berkuasa Negeri akibat tunggakan bayaran sedia ada.   

“Umumnya, insentif diskaun yang diberikan oleh kerajaan negeri adalah bertujuan menggalakkan pemilik tanah dan pemilik petak membayar cukai tanah serta cukai petak bagi tahun 2025 pada tempoh lebih awal. 

“Selain itu, ia juga bertujuan meringankan beban pemilik tanah serta pemilik petak yang memiliki tunggakan denda cukai tanah dan cukai petak tinggi akibat tunggakan tidak membuat pembayaran sebelum 31 Mei setiap tahun,” katanya.

Justeru, beliau berkata, adalah menjadi harapan kerajaan negeri agar semua pemilik tanah dan pemilik petak di negeri ini dapat mengambil peluang membuat bayaran masing-masing secepat mungkin mulai 2 Januari depan bagi membolehkan mereka menikmati pengecualian tunggakan denda sebanyak 100 peratus.

“Pembayaran boleh dibuat menerusi kaunter hasil Pejabat Daerah dan Tanah atau secara dalam talian melalui portal, PgLAND secara sekali gus (lump sum). Sebarang pertanyaan lanjut pula boleh dibuat dengan menghubungi Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang di talian 04-650 5844/5847/5849 atau Pejabat Daerah dan Tanah di daerah masing-masing,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya