Operator kilang pecahkan cermin kereta ditahan

Operator kilang pecahkan cermin kereta ditahan

KEADAAN cermin hadapan kereta dipercayai milik seorang wanita yang dipecahkan oleh seorang penunggang motosikal yang tidak dikenali di Jalan Penang, George Town, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Polis menahan seorang operator kilang yang bertindak memecahkan cermin kereta seorang wanita di Jalan Penang di sini, Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, suspek lelaki berusia 33 tahun itu ditangkap berhampiran Jalan Padang Tembak, Ayer Itam pada hari sama kejadian berlaku.

“Penahanan tersebut dibuat susulan satu laporan polis yang diterima daripada mangsa berusia 36 tahun itu kira-kira pukul 2.36 petang pada hari kejadian.

“Berdasarkan laporan, pengadu yang sedang memandu di hadapan Farmasi Ego didatangi seorang penunggang motosikal tidak dikenali yang secara tiba-tiba menghayun rantai besi ke arah cermin hadapan keretanya. 

“Difahamkan, pengadu juga tidak pasti tentang motif individu berkenaan berbuat sedemikian,” katanya di sini, hari ini.

Susulan daripada kejadian itu juga kata Swee Sake, satu unit rantai besi, sebuah topi keledar dan sehelai baju T turut dirampas sebagai bahan bukti.

“Semakan lanjut mendapati, suspek memiliki dua rekod lampau berkaitan jenayah. Ujian air kencing yang dijalankan terhadap lelaki itu pula bagaimanapun disahkan negatif (daripada pengaruh dadah).

“Suspek kini direman selama tiga hari bermula semalam bagi melengkapkan siasatan selain bagi mengetahui punca sebenar kejadian,” katanya yang memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya