Operasi kesan warga emas hilang guna empat anjing pengesan

Operasi kesan warga emas hilang guna empat anjing pengesan

KHIDMAT anjing pengesan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan turut digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat seorang warga emas yang dilaporkan hilang di Batu 4, Kampung Air Melintang, Kota, Rembau petang semalam.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki warga emas yang hilang di Batu 4, Kampung Air Melintang, Kota, di sini, petang semalam diteruskan menggunakan khidmat empat ekor anjing pengesan.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Shaik Abd. Kadar Shaik Mohamed berkata, warga emas itu, Mohd. Mahat Said, 78, merupakan orang kurang upaya (OKU) fizikal dan dilaporkan hilang oleh anak perempuannya.

Menurutnya, pencarian dimulakan sejak pukul 5.30 petang semalam namun terpaksa dihentikan lewat malam berikutan faktor keselamatan susulan kawasan sekitar mempunyai belukar tebal.

“Pagi ini, operasi diteruskan dengan penglibatan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan dibantu penduduk kampung,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Shaik lagi, pencarian dilakukan di sekitar kawasan kebun dan belukar berhampiran rumah warga emas tersebut susulan pasukan operasi menemukan kain pelekat dipercayai dipakai lelaki itu.

Semalam media melaporkan seorang lelaki warga emas yang juga bekas tentera berusia dari Kampung Air Melintang, Kota, di sini, dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya selepas keluar dari rumah pada pukul 10 pagi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya