Op Khas Gempur Teknikal: 17,729 kenderaan diperiksa, 16 disita

Op Khas Gempur Teknikal: 17,729 kenderaan diperiksa, 16 disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 16 kenderaan barangan dan perkhidmatan awam disita dalam tempoh lima hari pelaksanaan Operasi Khas Gempur Teknikal dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula Rabu lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Jana Santhiran Muniayan berkata,  kenderaan yang disita melibatkan 15 kenderaan barangan dan satu kenderaan perkhidmatan awam.

Katanya, Operasi Khas ‘Gempur Teknikal’ bermula 25 Disember lalu melibatkan lebih 1,500 anggota dan pegawai JPJ di seluruh negara.

“Dalam tempoh lima hari pelaksanaan operasi, sebanyak 17,729 kenderaan diperiksa terdiri daripada 15,770 kenderaan barangan dan 1,959 kenderaan perkhidmatan awam dengan 1,787 daripadanya diambil tindakan.

“Operasi menumpukan penguatkuasaan kesalahan kenderaan perdagangan seperti kesalahan lebih muatan, teknikal, dokumentasi, lalu lintas dan teknikal pembuatan dan penggunaan kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, 12 kenderaan termasuk satu kenderaan perkhidmatan awam yang disita disiasat mengikut Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala empat lagi kenderaan barangan disita mengikut Seksyen 59(6) akta sama.

“Susulan beberapa siri kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya yang melibatkan kenderaan perdagangan, Kementerian Pengangkutan dan JPJ memandang serius trend kemalangan tersebut.

“Tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas akan dikenakan kepada kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan Kaedah-Kaedah di seluruh negara,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa Kementerian Pengangkutan dan JPJ tidak akan berkompromi terhadap pemandu atau pemilik kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi peraturan mengikut Akta 333 dan Kaedah-Kaedah di bawahnya, Akta 334 dan Akta 715. 

“Tindakan atas kesalahan tersebut juga, kenderaan yang terlibat boleh disita di bawah Seksyen 80 Akta 715 dan kenderaan itu turut boleh dilucuthak sekiranya sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya