OIAM: Empat penyingkiran di minggu kedua - Utusan Malaysia

OIAM: Empat penyingkiran di minggu kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perjalanan Trio XL,  Dhania, Erfarina dan Aniq Iffat dalam pertandingan Calpis Soda One In A Million (OIAM) terhenti selepas mereka diumumkan tersingkir pada konsert minggu kedua malam semalam.

Jumlah pemarkahan tidak menyebelahi kesemua peserta berkenaan sekaligus meletakkan mereka pada kedudukan tercorot.

Peserta, Jimi malam tadi bagaimanapun mampu tersenyum lega apabila dia diumumkan sebagai Peserta Paling Fizz untuk konsert semalam.

Jimi selesa pada kedudukan teratas selepas cemerlang membawakan lagu Dipenjara Janji nyanyian Datuk Awie.

“Saya seronok dengan kemenangan ini, sesuatu yang tidak saya jangkakan.

“Lagu Dipenjara Janji ini bukanlah ‘makanan’ saya, justeru sangat mencabar untuk saya nyanyikan.

“Apa pun kemenangan Ini pada saya satu hadiah yang sukar diperoleh,” katanya.

Jimi dalam pada itu bakal berkongsi pentas bersama Aina Abdul pada persembahannya di minggu ketiga, Ahad depan.

Konsert OIAM minggu kedua turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa Dayang Nurfaizah yang menyerikan sesi pembukaan menerusi lagu Hakikat Cinta dan Lemah.

konsert malam tadi juga menyaksikan kemunculan eksklusif penyanyi bertaraf legenda, Datuk Nash.

Kemeriahan konsert OIAM minggu hadapan bakal diteruskan dengan tema Rasa Paling Indah.

Pertandingan nyanyian yang ditayangkan setiap malam Ahad di TV3 itu dijurikan Datuk Yusry, Ziana Zain dan Chakra Khan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya