Nora Ariffin sudah enam bulan jumpa pakar psikiatri, sukar besarkan anak sendirian - Utusan Malaysia

Nora Ariffin sudah enam bulan jumpa pakar psikiatri, sukar besarkan anak sendirian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Diuji pemergian beberapa ahli keluarga membuatkan penyanyi, Datuk Nora Ariffin berjumpa pakar psikiatri sejak enam bulan lalu.

Nora atau Wan Norafizah Wan Ariffin,51, mengambil inisiatif itu bagi memelihara keadaan kesihatan mentalnya dan anak-anak.

“Secara jujur kalau tanya bagaimana saya stabilkan fikiran selepas melalui banyak perkara termasuk pemergian ibu baru-baru ini, saya sebenarnya bertemu dengan pakar psikiatri sejak enam bulan lalu. Bukan sahaja saya, tetapi anak-anak juga turut berjumpa pakar.

“Adakalanya kita tidak tahu, dalam menempuh kehidupan memang banyak dugaan dan mahu membesarkan anak-anak juga banyak cabaran.

“Berjumpa pakar bagi saya bukanlah perkara tak baik tetapi untuk elak kesihatan mental terjejas. Hasilnya memang nampak perkembangan yang baik kepada kami semua,” katanya.

Nora berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia di sesi latihan konsert Hanya Satu: Nora Ariffin, di sini, semalam.

Sebelum memilih berkahwin lagi, penyanyi
Di Persimpangan Dilema itu mengakui sangat mencabar membesarkan anak-anak sendirian.

Bagaimanapun, dia bertekad untuk melakukan sebaik mungkin agar tiga orang anaknya dibesarkan dengan kasih sayang yang sempurna.

“Saya tidak pernah kata diri sendiri betul dan tidak terlepas daripada membuat keputusan salah atau melakukan kesalahan.

“Namun, saya bukan seorang ibu yang sempurna tetapi kalau boleh mahu jadi terbaik untuk anak-anak.

“Jadi, saya tak mahu semua kesalahan dan masalah sendiri beri kesan negatif kepada mereka.

“Membesarkan anak tanpa ayah kandung sangat mencabar terutamanya anak perempuan remaja. Hidup memang ‘keras’ tetapi perlu hadapi juga,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, bercakap mengenai persediaan konsert yang bakal berlangsung 18 Disember hadapan, Nora teruja untuk memperdengarkan nyanyiannya walaupun gementar menunggu hari konsert.

“Saya tertanya juga msih adakah mahu hadir ke konsert dan melihat saya menyanyi? Itu ketakutan saya.

“Ditambah pula banyak penganjuran konsert penyanyi lain dan saya pula bukan lagi dalam liga mainstream yang kerap muncul pada persembahan berskala besar.

“Jadi semua itu membawa kepada kebimbangan juga untuk penganjuran konsert ini. Namun, syukur alhamdulillah, penjualan tiket berjalan dengan baik. Saya tidak mengharapkan terus ‘sold out’ sebab sedar diri.” ujarnya.

Bukan itu sahaja, konsert itu bukan hanya mengenai dirinya malah hasrat yang ditinggalkan arwah suami, Johan Nawawi sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Sebenarnya, mengadakan konsert bersama dua figura ini merupakan ‘wasiat’ yang pernah ditinggalkan suami saya, Allahyarham Johan Nawawi.

“Katanya, kalau nak buat konsert, mereka perlu ada. Jadi, impian arwah tercapai, walaupun dia sudah tiada, saya akan realisasikan impiannya dengan penganjuran konsert solo ini.

“Syukur, hasil kerja keras sejak lebih tiga dekad terbayar. Tidak sabar nak hiburkan peminat nanti,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya