Nafas bukan kartel, dapat kontrak bekal baja secara rundingan terus

Nafas bukan kartel, dapat kontrak bekal baja secara rundingan terus

KALAMHASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ahli Peladang Malaysia menafikan sekerasnya dakwaan yang mengatakan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) sebagai kartel susulan isu melibatkan kontrak pembekalan baja menerusi Skim Baja Padi Kerajaan Perseketuan (SBPKP) dan Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP).

Wakilnya, Datuk Kalam Hassan berkata, dalam hal ini, Nafas telah mendapat kontrak bekalan baja itu secara rundingan terus bagi pembekalan dan penghantaran baja kepada petani serta pesawah melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh negara.

“Untuk kerja pembuatan baja ini pula, hampir kesemua (kecuali jika ada isu kritikal) di buat di kilang baja Nafas di Gurun Kedah yang dimiliki sahamnya 80 peratus oleh Nafas dan 20 peratus oleh Petronas.

“Secara ironinya, kilang itu adalah milik petani dan pesawah yang merupakan ahli peladang seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai memberi reaksi kepada keputusan menggantung Perlembagaan Nafas baru-baru ini selain mengharapkan hal itu dapat ditangani sebaiknya oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

Mengulas lanjut, katanya, bagi kontrak sesi terkini, nilai kontrak Nafas di bawah SBPKP dan SIPP bagi tempoh bermula 15 September 2021 hingga 31 Disember 2024 adalah RM1.8 bilion.

“Bagi tempoh Julai 2021 hingga 14 September 2021, Nafas tiada  kontrak rasmi pada masa itu, tetapi kerja-kerja pembekalan dan penghantaran baja terpaksa dibuat kerana keperluan mendesak pesawah yang sudah mula menanam padi.

“Sekiranya Nafas tidak membuat pembekalan, ianya akan menyebabkan berlaku isu nasional dan isu protes serta menjejaskan pendapatan dan pengeluaran padi negara,” jelasnya.

Katanya, Nafas terpaksa membuat pengeluaran dan penghantaran baja dengan menggunakan sumber kewangan mereka sendiri berjumlah lebih daripada RM248 juta.

“Selain itu, turut berlaku situasi kenaikan harga sekitar suku keempat 2021 dan enam bulan pertama 2022 hingga menyebabkan harga baja naik mendadak dan terputus bekalan bahan mentah kepada Nafas dan kilang swasta yang lain.

“Ekoran daripada keadaan kritikal itu, pada Mac dan April 2022, kilang baja Nafas di Gurun terpaksa tutup lebih 41 hari menyebabkan ketidak cukupan stok baja hampir 30,000 MT bagi pembekalan suku ke-2 dan ke-3 tahun tersebut,” katanya.

Ekoran itu, Nafas terpaksa membuat pembelian baja secara kecemasan (darurat) berjumlah sekitar RM 57 juta dengan kuantiti sebanyak 16,313 MT dengan kadar sekitar RM3,500 per tan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya