Sembilan beri bantuan RM1,000 KIR terjejas banjir, RM500 pelajar SPM

N. Sembilan beri bantuan RM1,000 KIR terjejas banjir, RM500 pelajar SPM

AMINUDDIN Harun pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan memberikan bantuan sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) dan sebanyak RM500 kepada pelajar menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini yang terjejas banjir di baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan tunai secara sekali beri (one-off) diluluskan di peringkat Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) negeri hari ini bertujuan meringankan beban mangsa banjir yang melanda empat buah daerah pada hari Jumaat lalu.

“Kita tahu mangsa banjir ini berada dalam keadaan tertekan jadi pada hari ini kerajaan negeri bersetuju meluluskan sumbangan sebanyak RM500 kepada pelajar SPM yang terlibat banjir dan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

“Kerajaan Persekutuan juga telah bersetuju untuk memberikan bantuan RM1,000 kepada KIR yang terjejas di seluruh negara dan kerajaan negeri juga akan tambah lagi RM1,000 kepada semua KIR yang telah berpindah ke PPS yang menjadikan mereka mendapat bantuan sebanyak RM2,000,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Banjir baru-baru melibatkan seramai 2,579 orang mangsa daripada 722 keluarga dan telah dipindahkan ke 22 buah PPS yang dibuka di empat buah daerah iaitu Tampin, Kuala Pilah, Jempol dan Port Dickson.

Sementara itu, Aminuddin menjelaskan, kerajaan negeri sedang menilai jumlah keseluruhan kemusnahan akibat banjir termasuk kemudahan dan infrastruktur yang rosak.

“Untuk kemudahan dan infrastruktur, kita akan terus buat (perbaiki) seperti jambatan yang runtuh, kita akan lantik segera untuk dibetulkan termasuk tembok penahan banjir yang runtuh di Taman Pinggiran Felda Sungai Kelamah,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya