MYES 2024 rancakkan pelancongan Pantai Timur

MYES 2024 rancakkan pelancongan Pantai Timur sepanjang tengkujuh

MOHD. Azizul Arif Yahaya (kiri) melancarkan Program MYES 2024 di Noor Arfa Batik Pavillion, Kuala Terengganu, Terengganu. -  UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Tourism Malaysia optimis Program Malaysia Year End Sales (MYES 2024) yang bermula 15 November lalu membantu merancakkan lagi segmen pelancongan terutama di Pantai Timur yang masih dilanda tengkujuh.

Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur, Mohd. Azizul Arif Yahaya berkata, di Terengganu pihaknya berkerjasama dengan dua premis perniagaan iaitu Noor Arfa Batik Pavillion dan Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Mall.

Katanya, orang ramai berpeluang mendapatkan pelbagai hadiah menarik apabila berkunjung dan membuat pembelian di dua premis tersebut sepanjang MYES berlangsung.

“Objektif utama kempen MYES adalah memberi peluang kepada pelancong membeli-belah dengan tawaran harga istimewa terutama pada waktu malam. Kita juga menyasarkan pelancong dari negara jiran terdekat iaitu Thailand dan Singapura turut memeriahkan MYES 2024 sekali gus memberi impak positif kepada usahawan tempatan,” katanya selepas merasmikan majlis pelancaran kempen Malaysia Year End Sales (MYES 2024) di Kompleks Kraf Noor Arfa di sini.

MYES 2024 mula diwartakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sejak 15 November hingga 1 Januari ini melibatkan penyertaan lebih  60 pemain industri seperti Mastercara, Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia, Persatuan Peruncit Malaysia, Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia, Persatuan Hotel Malaysia dan Malaysia Aviation Group untuk mempromosikan MYES.

Beliau turut memuji Noor Arfa Batik kerana menjadi syarikat pertama di Malaysia yang mengadakan MYES selama 10 hari dengan hadiah cabutan bertuah bernilai lebih RM10,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya