Muzik video lagu Perjalanan raih lebih setengah juta tontonan - Utusan Malaysia

Muzik video lagu Perjalanan raih lebih setengah juta tontonan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Percaturan pendatang baharu, Putra Aiman, dan Haikal Iman, yang tampil dengan single Perjalanan ternyata membuahkan hasil. 

Selepas dua bulan dipertontonkan dalam platform Youtube, muzik video bagi lagu ciptaan Munif Ahmad dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya kini merekodkan jumlah tontonan lebih setengah juta.

Jumlah tersebut membuktikan penerimaan positif pendengar terhadap lagu yang dinyanyikan kedua cahaya mata Munif Hijjaz itu.

Meskipun pertama kali membuat kemunculan dalam arena muzik nasyid, Putra dan Haikal sudah pun menunjukkan keupayaan masing-masing, sekaligus diyakini menjadi penyambung legasi bapa mereka.

Malah, muncul pendengar yang mengenal pasti persamaan tona suara Putera yang dikatakan mirip dengan nyanyian Munif ketika muda.

Haikal tidak kurang mencuri tumpuan, berbekalkan bakat, nyanyian anak muda berusia 22 tahun ini menonjol menerusi single Perjalanan.

Putera dan Haikal membesar dengan menyaksikan perjuangan ibu bapa mereka dalam arena muzik nasyid, sekaligus terlahir minat dalam diri mereka untuk meneruskan legasi tersebut. 

Pasangan adik beradik yang masing-masing merupakan graduan Kolej Universiti Islam Selangor dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ini sedia meneruskan minat terhadap dunia nasyid dan tidak menjadikan komitmen terhadap pelajaran sebagai penghalang untuk mengejar impian di usia muda.

Muzik video lagu Perjalanan boleh ditonton di saluran Youtube Munif Hijjaz, selain diperdengarkan di pelbagai platform digital seperti Joox, Spotify dan Apple Music.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya