Musa Aman dilantik Yang Dipertua Negeri Sabah Ke-11

Musa Aman dilantik Yang Dipertua Negeri Sabah Ke-11

Sultan Ibrahim bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas perlantikan Tan Sri Musa Aman sebagai Yang di-Pertua (TYT) Sabah ke-11.-FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tan Sri Musa Aman dilantik sebagai Yang di-Pertua (TYT) Sabah ke-11 yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2025.

Menurut Bernama, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyerahkan Surat Cara Pelantikan kepada Musa.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu dikurniakan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara oleh Yang di-Pertuan Agong yang membawa gelaran Tun.

Musa yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga itu dilantik bagi menggantikan TYT sekarang, Tun Juhar Mahiruddin.

Tun Juhar akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember ini selepas memegang jawatan berkenaan sejak 2011, menjadikannya TYT paling lama berkhidmat setakat ini.

Pada 27 Nov lalu, Hajiji memaklumkan kerajaan Sabah akan mengemukakan senarai nama calon Yang Dipertua Negeri yang baharu kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat.

Katanya, beliau akan menghantar nama calon namun, terserah kepada Agong untuk menentukan siapa yang ingin dilantik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN