Murid maut terkena renjatan elektrik: Jakim tunggu laporan terperinci 

Murid maut terkena renjatan elektrik: Jakim tunggu laporan terperinci 

MOHD. NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diarah merujuk  pihak berkuasa agama Islam negeri bagi mendapatkan maklumat lanjut dan laporan terperinci berhubung kes kematian murid tahun enam yang maut akibat terkena renjatan elektrik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, berdasarkan laporan yang diperoleh nanti pihaknya akan mencari pendekatan drastik bagi memastikan kejadian sama tidak berulang lagi.

“Jakim telah diarah untuk merujuk kepada pihak berkuasa agama Islam negeri bagi mendapatkan laporan terperinci serta mencari pendekatan drastik secara bersama agar kejadian tersebut tidak berulang lagi.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merakamkan takziah kepada keluarga murid yang telah meninggal dunia dipercayai kerana terkena renjatan elektrik sewaktu Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di sebuah sekolah di Serdang. Kejadian tersebut adalah amat mendukacitakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Semalam, seorang murid lelaki tahun enam maut dipercayai akibat renjatan elektrik di sebuah sekolah di Serdang.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, Muhammad Harith Mohd. Fazrul disahkan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner, AA Anbalagan berkata, laporan berkaitan kejadian diterima pihaknya kira-kira jam 6.30 petang.

“Seorang wanita tempatan berusia 36 tahun membuat laporan polis berkaitan pihaknya menerima pesakit iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah sekolah di kawasan Serdang sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.50 petang,” katanya menerusi kenyataan, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya