MRL, CCCECRL kerjasama operasi ECRL

MRL, CCCECRL kerjasama operasi ECRL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia Rail Link (MRL) dan syarikat China Communications Construction (ECRL) Sdn. Bhd. (CCCECRL) secara rasmi mewujudkan sebuah syarikat operasi bagi tujuan pengoperasian dan penyelenggaraan infrastruktur nasional tersebut.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, usaha sama itu bertujuan mengawasi operasi ECRL sepanjang 665 kilometer (km) yang menghubungkan antara Kota Bharu, Kelantan ke Pelabuhan Klang, Selangor.

Menurutnya, pada awal tahun ini, mesyuarat Kabinet telah memberi lampu hijau kepada penubuhan OpCo bagi tujuan pengoperasian dan penyelenggaraan ECRL yang turut berpotensi meringankan risiko kewangan kepada kerajaan Malaysia.

Kata beliau, ia merupakan model perkongsian risiko yang seimbang, di mana kedua-dua MRL dan CCCECRL akan berkongsi tanggungjawab terhadap defisit operasi.

“Sebab yang paling penting ialah kita nak operasi (ECRL) ini mampan, operasi ini dapat berdaya saing (dan) tidak rugi, kerana kita tahu untuk mencapai keuntungan dalam sektor rel ini agak susah (dan) sukar.

“Tetapi kita mencuba dengan negara China, melalui syarikat mereka dengan mengambil risiko.

“Kalau ada kerugian, mereka menampung 50 peratus tetapi kalau ada keuntungan, Malaysia akan mendapat 80 peratus daripada keuntungan operasi (dan) mereka hanya dapat 20 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Pengoperasian ECRL antara MRL Sdn. Bhd. dan China Communications Construction Company Ltd serta Pelancaran Reka Bentuk Tren EMU dan Logo ECRL di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anthony Loke berkata, MRL akan memiliki sepenuhnya aset ECRL bagi pihak kerajaan Malaysia sepanjang fasa pengoperasian ECRL.

Katanya, ia untuk memastikan kepentingan negara dilindungi pada setiap masa serta membolehkan pemerkasaan tempatan dalam infrastruktur nasional itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya