Modul pemulihan akidah pengikut GISBH siap

Modul pemulihan akidah pengikut GISBH siap

MOHD Na’im Mokhtar (tiga kanan) membantu sukarelawan membersihkan dewan pada program Misi Bantuan Banjir di Maahad Tarbiah Islamiah Derang di Pokok Sena. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

POKOK SENA: Modul silibus pemulihan akidah pengikut Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) kini siap dan akan dibentangkan kepada semua pihak terlibat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata,  jawatankuasa khas terlibat yang dipengerusikan Ahmad Fauwaz Fadzil turut menyiapkan satu rangka modul khas yang membabitkan pemimpin-pemimpin peringkat atasan organisasi terbabit.

“Saya ingat telah siap kajian yang dibuat cuma laporan itu belum dikemukakan, saya dimaklumkan yang semua modul yang melibatkan pengikut dewasa, modul yang melibatkan kanak-kanak yang terlibat dalam GISBH ini telah siap.

“Jawatankuasa khas juga sedang menyiapkan rangka modul khas yang melibatkan ketua-ketua pimpinan atasan GISB yang sekarang ditahan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyertai program Misi Bantuan Banjir di Maahad Tarbiah Islamiah Derang di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, tindakan susulan yang diambil dalam masa terdekat termasuk mengaturkan pertemuan antara jawatankuasa khas terlibat bersama ketua-ketua GISBH yang ditahan.

“Insya-Allah apabila kita sudah lengkap kita akan dapatkan kebenaran Menteri Dalam Negeri supaya jawatankuasa yang terlibat boleh bertemu dan berbincang dan menyampaikan modul yang telah siap melibatkan ketua-ketua GISBH yang ditahan,” katanya.

Mohd. Na’im sebelum ini memaklumkan, sebanyak tujuh modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISBH sedang dibangunkan oleh jawatankuasa khas yang kini berada di peringkat akhir.

Katanya, modul berkenaan adalah akidah dewasa, akidah kanak-kanak, rohani dan jati diri, Pendidikan Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), pembangunan remaja, kepimpinan umat insaniah serta modul psikospiritual. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya