MH370: Kerajaan laksana misi baharu, setuju cadangan Ocean Infinity

MH370: Kerajaan laksana misi baharu, setuju cadangan Ocean Infinity

PELAJAR sekolah di Manila mengelilingi lukisan mural gergasi MH370 sebagai tanda solidariti terhadap kru kabin dan penumpang yang hilang. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan misi baharu pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang 10 tahun lalu berdasarkan cadangan Ocean Infinity

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pencarian dasar laut bangkai pesawat itu akan dilakukan di kawasan baharu berkeluasan 15,000 kilometer persegi di Lautan Hindi.

Menurutnya, kerajaan hanya akan membayar kepada pihak terbabit sekiranya bangkai pesawat itu ditemukan.

“Kawasan baharu pencarian dicadangkan Ocean Infinity berdasarkan maklumat terkini dan data analisis dibuat pakar serta penyelidik.

“Kementerian Pengangkutan sedang berunding berkait terma dan syarat perjanjian dengan Ocean Infinity,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anthony Loke berkata,  keputusan itu membuktikan komitmen kerajaan untuk meneruskan operasi pencarian bagi memberi jawapan kepada waris kru dan penumpang MH370.

Kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, kekal menjadi misteri penerbangan sehingga kini.

Pesawat itu hilang daripada radar semasa penerbangan pada Mac 2014.

Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 bermula setelah ia hilang ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing pada 8 Mac 2014. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya