Met Malaysia keluar amaran hujan lebat tahap buruk

Met Malaysia keluar amaran hujan lebat tahap buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hujan lebat berterusan tahap buruk dan waspada diramal berlaku  membabitkan kebanyakan negeri terutama di Pantai Timur hingga Rabu ini

Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, amaran hujan berterusan tahap buruk itu melibatkan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.

Manakala di Terengganu pula melibatkan daerah Dungun dan Kemaman.

Sementara itu, METMalaysia juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Di Kedah, amaran itu dikeluarkan di beberapa daerah termasuk Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendaang, Sik dan Baling, di Hulu Perak, Perak, Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu, Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera di Pahang dan Segamat, Mersing serta Kota Tinggi di Johor.-UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN