Met Malaysia keluar amaran hujan buruk di Kelantan, Terengganu dan Pahang

Met Malaysia keluar amaran hujan buruk di Kelantan, Terengganu dan Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan atau buruk membabitkan tiga negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga esok.

Ketua Pengarah Met Malaysia, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, amaran buruk itu membabitkan kawasan di negeri tersebut iaitu Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh & Kuala Krai), Terengganu dan Pahang (Kuantan).

Selain itu, amaran hujan berterusan atau waspada dikeluarkan berkuat kuasa daripada sehingga 30 Disember 2024 melibatkan kawasan-kawasan seperti Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Gua Musang), Pahang (Jerantut, Maran, Pekan dan Rompin), Johor (Mersing dan Sabah (Pedalaman Tambunan, Pantai Barat, Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat. 

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan. Talian hotline Met Malaysia 1300221638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya dalam kenyataan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN