Menjelang konsert, Nora Ariffin tiru cara Taylor Swift - Utusan Malaysia

Menjelang konsert, Nora Ariffin tiru cara Taylor Swift

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bagi mengekalkan stamina sepanjang konsert, penyanyi, Datuk Nora Ariffin, mengamalkan Latihan kecergasan yang juga dilakukan bintang antarabangsa, Taylor Swift.

Selain berenang, Nora akan menyanyi di atas sawat injak (treadmill) sambil menyanyikan lagu yang bakal dipersembahkan sempena konsert malam esok.

“Selepas tarikh konsert diputuskan, saya akan berjalan sejauh lima kilometer tiga kali seminggu. Lebih kurang dua jam di atas treadmill. Memang ‘lunyai’ tapi badan saya rasa sangat segar.

“Sebenarnya anak saya yang ajar jika mahu kekalkan stamina kena guna cara Taylor Swift. Dia akan nyanyi sambil berlari atas treadmill. Saya buat juga, berlari sambil bernyanyi selain berenang untuk jaga pernafasan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sebuah studio di Ara Damansara, baru-baru ini.

Bakal menyanyikan 17 lagu sepanjang konsert Hanya Satu di Pj Pac One Utama malam esok, Nora turut teruja kerana bakal berkongsi pentas dengan anaknya, Putri Dahlia yang popular dengan lagu Old Love.

“Memang saya mahu beri ruang kepada anak saya. Lagi pula saya rasa ia berbaloi kerana Putri ada kejayaan yang lebih besar berbanding saya jika diiukur pada zaman sekarang.

“Kami juga ada single baru iaitu Sabar dan akan menyanyikan lagu itu bersama-sama,” jelasnya.

Selain meraikan perjalanan seninya sepanjang 30 tahun, konsert Hanya Satu itu juga diadakan sebagai penghormatan kepada arwah suaminya yang juga komposer Johan Nawawi.

Konsert itu mendapat sentuhan individu berpengalaman dalam industri muzik tanah air seperti Jennifer Thompson yang bertindak sebagai pengarah persembahan dan Aubrey Suwito selaku pengarah muzik. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya