Menang dahulu baru fikir siapa MB - Tuan Ibrahim

Menang dahulu baru fikir siapa MB – Tuan Ibrahim

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Perikatan Nasional (PN) perlu memastikan kemenangan terlebih dahulu sebelum memikirkan siapakah yang menyandang jawatan menteri besar sekiranya gabungan itu menawan Pahang, Perak dan Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). 

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas bersikap terbuka dan bersedia melakukan rundingan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkaitan pemilihan itu.

“Kita terbuka… ini tiada isu. Sebagai ketua pembangkang, kita bergerak atas tiket PN. Apa-apa hal kita bincang melalui perundingan, perancangan.

“Apa yang penting kita menang dulu. Kalau kita bincang gerak kerja menangkan dulu, baru kita bahas siapa. Ini dduuk bahas siapa, untung siapa nak bagi, lembu kambing pun tiada lagi. 

“Jadi saya fikir perkasa parti dan benda-benda macam itu, kita boleh bincang sebab PN apa-apa pun keputusan kita bersama. Kita bincang,” katanya  ketika ditemui di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini. 

Beliau yakin Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sentiasa positif apabila bercakap soal masa hadapan gabungan parti berkenaan. 

“Tan Sri (Muhyiddin) pun positif bila kita sebut tentang soal masa hadapan, siapa pemimpin perdana menteri dan sebagainya. 

“Beliau terbuka untuk berbincang dan tiada isu, Insya-Allah. Di Pahang pun sama. Kita sangat baik rakan-rakan dari Bersatu.

“Kalau ada padangan-padangan peribadi, saya anggap iu padangan bukan rasmi daripada partilah,” ujarnya laagi. 

Terdahulu Muhyiddin dilaporkan berkata bahawa partinya kini menyasarkan jawatan menteri besar di Pahang, Perak, dan Selangor jika PN berjaya merampas negeri-negeri itu dalam PRU akan datang.

Muhyiddin yang juga Pengerusi PN menjawab soalan berkenaan kedudukan Bersatu bersama Pas yang kini mengetuai pentadbiran di empat negeri, iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya