Melaka umum bantuan khas kewangan RM1,600, setengah bulan gaji 

Melaka umum bantuan khas kewangan RM1,600, setengah bulan gaji 

AB. RAUF (Tengah)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM1,600 dan setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada kira-kira 5,231 penjawat awam di negeri ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, pembayaran itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM7.5 juta dan pembayaran akan dibuat dua kali iaitu pada minggu hadapan dan Februari.

“Sebanyak RM1,600 akan dibayar pada hujung Disember manakala setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 akan dikreditkan pada Februari tahun depan. 

“Pemberian bonus ini sebagai menghargai jasa penjawat awam yang telah menggerakkan pentadbiran kerajaan negeri sepanjang tahun ini,” katanya pada sidang akhbar selepas membentangkan Belanjawan 2025 Negeri Melaka pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ab. Rauf memaklumkan peminjam Tabung Pendidikan Negeri Melaka (Tapem) yang culas membuat bayaran balik akan berdepan tindakan tegas termasuk disekat ke luar negara. 

Menurutnya, berdasarkan rekod Tapem sebanyak RM40.1 juta melibatkan 5,381 peminjam mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman bagi tempoh enam hingga 120 bulan.

“Sejak Tapem ditubuhkan pada 2000, seramai 15,977 anak Melaka telah menerima manfaat pinjaman ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM223 juta. Namun, di sebalik keprihatinan dan manfaat yang diterima, hanya 63 peratus yang membuat bayaran balik.

“Sebagai kerajaan yang cakna dengan pendidikan rakyat, kerajaan negeri ada menawarkan diskaun bayaran balik. Justeru, mana-mana peminjam yang masih degil membuat bayaran balik pinjaman akan dikenakan tindakan sekatan untuk ke luar negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya