Mekanik lepas, bebas tuduhan rogol kenalan WeChat - Utusan Malaysia

Mekanik lepas, bebas tuduhan rogol kenalan WeChat

MAHKAMAH Sesyen Ipoh melepaskan dan membebaskan seorang mekanik, Luqmanul Hakim Abu Hassan (kanan) daripada tuduhan merogol kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun, enam tahun lalu. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang mekanik dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada tuduhan merogol kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun yang dikenali menerusi aplikasi WeChat, enam tahun lalu.

Hakim Jean Sharmila Jesudason membacakan keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh, Luqmanul Hakim Abu Hassan, 26, di akhir kes pembelaan.

“Setelah mempertimbang keterangan saksi-saksi pembelaan dan menilai kembali keterangan saksi-saksi pendakwaan berserta dengan eksibit dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes di luar keraguan munasabah.

“Oleh yang demikian, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan manakala wang jaminan dikembalikan,” katanya dalam prosiding di sini hari ini.

Mengikut pertuduhan, Luqmanul Hakim yang ketika kejadian berusia 20 tahun didakwa telah melakukan rogol terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun di dalam sebuah bilik tidur di Jalan Pengkalan Barat 2, Taman Shatin dalam daerah Ipoh pada pukul 1.30 pagi, 11 Jun 2018.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dibuat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd. Radzi manakala tertuduh diwakili peguam bela, Khairul Naim Rafidi.

Seramai tujuh saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh telah memberikan keterangan sejak kes itu disebut di Mahkamah Sesyen pada 6 Mei 2021. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya