MCMC perkenal garis panduan tingkat keselamatan maklumat

MCMC perkenal garis panduan tingkat keselamatan maklumat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperkenalkan Garis Panduan Keselamatan Maklumat dan Rangkaian untuk Industri Komunikasi dan Multimedia (INSG) bagi meningkatkan keselamatan maklumat dan daya tahan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia.

MCMC berkata, INSG berfungsi sebagai kerangka amalan terbaik dan tiada mandatori buat ketika ini.

Bagaimanapun, MCMC menggalakkan pihak industri mengguna pakai amalan terbaik ini dalam pengoperasian sebagai sebahagian daripada langkah proaktif dalam memperkukuh keselamatan siber bagi industri komunikasi dan multimedia.

“Pendekatan ini memberi ruang kepada Penyedia Perkhidmatan menyesuaikan diri dengan garis panduan itu dan memberi maklum balas penambahbaikan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambah MCMC, INSG bukan bertujuan menambah peraturan baharu, sebaliknya meningkatkan keupayaan dan ketersediaan Penyedia Perkhidmatan.

Katanya, ia bagi mengurus risiko siber, mengurangkan kebocoran data, meminimumkan gangguan melalui pengukuhan infrastruktur serta melindungi pengguna daripada ancaman dalam talian.

“Semasa fasa pembangunan INSG, MCMC secara aktif membabitkan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk firma keselamatan siber, perunding keselamatan, pemegang lesen penyedia termasuk pusat data dan penyedia perkhidmatan awan.

“Turut semasa fasa pembangunan INSG adalah kementerian, agensi kerajaan, badan kawal selia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan forum di bawah MCMC.

“Maklum balas, cadangan dan pandangan diberikan dinilai dengan teliti dan jika sesuai, ia diserapkan ke dalam INSG.

“Pendekatan inklusif dan telus ini mencerminkan komitmen MCMC untuk memastikan garis panduan ini memenuhi keperluan dalam pengurusan keselamatan siber dipatuhi,” katanya.

MCMC berpandangan INSG adalah langkah penting dalam melindungi ekosistem digital Malaysia, memastikan infrastruktur rangkaian yang selamat dan berdaya tahan untuk semua.

“Ia mencerminkan usaha berterusan MCMC untuk menangani cabaran landskap siber yang semakin kompleks sambil memupuk kepercayaan dan keselamatan dalam persekitaran digital negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya