MCA ikrar terus bersuara, jadi semak imbang Kerajaan Perpaduan

MCA ikrar terus bersuara, jadi semak imbang Kerajaan Perpaduan

SERAHAN Ikrar Era Baharu Anak Muda BN kepada Pengerusi BN pada Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 BN di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: MCA akan terus bersuara dan menjadi ejen semak dan imbang kepada Kerajaan Perpaduan walaupun berhadapan cabaran daripada parti sekutu dalam gabungan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Presidennya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, MCA selaku ejen muhibah di dalam masyarakat majmuk di Malaysia, berpegang kepada ideologi parti yang menekankan tiga nilai sejagat iaitu kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Katanya, kebebasan ialah semua pihak mempunyai hak dan keupayaan untuk membuat keputusan dan bertindak tanpa halangan, tekanan atau paksaan yang tidak wajar asalkan tidak menyalahi undang-undang.

“Tiada masalah bagi kami di MCA walaupun tiada jawatan dalam Kabinet mahupun GLC-GLC (syarikat berkaitan kerajaan), kami okey saja walau ada yang sindir kami, sedikit pun tidak memberi kesan kepada kami.

“Kami tetap memainkan peranan sehabis baik, menyuburkan amalan demokrasi termasuk menjalankan semak dan imbang terhadap kerajaan.

“Kita pernah jadi pembangkang dan ini bukanlah penghalang bagi kita memainkan peranan untuk menyumbang kepada masyarakat serta pembangunan negara,” katanya ketika berucap pada Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 BN di sini semalam.

Sementara itu, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan menggesa BN untuk tidak menggunakan formula lama berkaitan pembahagian kerusi dengan hanya menyerahkan kerusi penyandang kepada parti penyandang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Sekiranya kita mengikut formula ini seperti sebelum ini, kita tidak akan menyerahkan Cameron Highlands (kerusi Parlimen) kepada UMNO.
Saravanan berkata, sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada Ogos tahun lalu, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan bertanya kepadanya kerusi mana ingin ditandingi MIC.

“Namun kita hanya dapat satu kerusi. Jadi jangan kita kena permainkan. Sebelum ini kata kalau ketua bahagian akan jadi calon, tapi kalau formula ini digunakan, sampai mati tak akan jadi calon.

“Dan jika formula ini digunakan, Friends of BN hanya sampai bila-bila jadi tukang tampal poster sahaja,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya