MB Perak terima permohonan maaf, digelar biadab

MB Perak terima permohonan maaf, digelar biadab

SAARANI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menerima permohonan maaf Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria berhubung ucapan dalam satu perhimpunan di Menara Condong Teluk Intan, baru-baru ini.

Beliau menganggap apa yang telah terjadi itu sebagai satu pengajaran agar setiap manusia perlu menjaga kata-kata terutama ahli politik.

“Orang buat kesilapan dan dia minta maaf, bermakna betul dia buat silap. Sebagai manusia tak akan kita hendak marah balik. Kita terima permohonan maaf itu.

“Tetapi kerosakan telah dilakukan. Semua orang kena ingat kita tidak boleh celupar sangat mulut kita. Apabila kita celupar dan terlepas cakap, ia merosakkan dan meremukkan hati ramai orang. Semua orang politik kena ingat,” katanya kepada pemberita sewaktu persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Pada 29 November lalu semasa membentangkan Belanjawan negeri tahun 2025, Saarani membangkitkan perkara tentang dirinya yang menerima cacian ‘MB biadab’.

Cacian itu dikatakan dibuat terhadapnya susulan isu panas berkaitan pengibaran bendera asing di Teluk Intan pada Oktober lalu yang mengundang perang mulut banyak pihak.

Namun Razman pada Isnin lalu semasa membahaskan Belanjawan 2025 negeri, membuat permohonan maaf dan menyatakan ucapannya disalah tafsir dan diambil di luar konteks. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya