MB kesal NS kerap jadi 'mangsa' pembuangan haram sisa terjadual

MB kesal NS kerap jadi ‘mangsa’ pembuangan haram sisa terjadual

NIK Nazmi Nik Ahmad dan Aminuddin ketika meninjau lokasi pelupusan sisa terjadual secara haram di Bukit Pelandok, Port Dickson hari ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Kecewa dengan isu pembuangan sisa terjadual secara haram yang semakin kerap dilaporkan berlaku di negeri ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menggesa pihak berwajib termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS) meningkatkan penguatkuasaan dalam mengatasi isu berkenaan.

Ujarnya sepanjang tempohnya menjadi Menteri Besar, sudah tiga empat kali ia berlaku dengan terbaharu Oktober lalu, apabila kira-kira 100 tong dan tangki intermediate bulk container (IBC) mengandungi sisa kimia ditemukan dibuang secara haram di dalam sebuah kawasan kebun kelapa sawit di Bukit Pelandok di sini.

“Sudah banyak kali kejadian ini berlaku, cukuplah saya tidak mahu ia berulang lagi, harus dihentikan setakat ini sahaja, saya mahu penguatkuasaan lebih kuat lagi, saya berharap perkara ini tidak berlaku lagi dan meminta semua pihak mengambil tanggungjawab segera bagi memastikan perkara ini dapat diselesaikan sama ada daripada segi undang-undang dan pelupusan sisa ini,” katanya ditemui ketika beliau bersama Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad meninjau lokasi kejadian pelupusan sisa terjadual secara haram di Bukit Pelandok, di sini, semalam.

Aminuddin yang juga Ahli Parlimen Port Dickson turut menyifatkan negeri ini sering menjadi ‘mangsa’ dan korban kepada kejadian pembuangan sisa berbahaya oleh pihak tidak bertanggungjawab meskipun Pusat Kualiti Alam di daerah ini diwujudkan bertujuan menguruskan sisa terjadual itu secara sistematik dan selamat.

“Negeri ini memberikan kawasan untuk dibina Pusat Kualiti Alam tetapi masih menjadi mangsa apabila mereka tidak menggunakan proses yang betul dalam menguruskan sisa terjadual ini,” katanya.

Sementara itu, Nik Nazmi berkata, dua lokasi dijadikan tapak pelupusan haram ditemui, berkedudukan kira-kira 200 meter antara satu sama lain ditemukan di kawasan tersebut Oktober lalu dan terdapat kira-kira 800 tong dan tangki IBC dipercayai mengandungi sisa kimia yang dilupuskan secara haram di kedua-dua lokasi tersebut yang terlindung di sebalik tembok berketinggian lebih kurang tiga meter.

Kata beliau, berdasarkan keputusan analisis sampel buangan diperoleh dari Jabatan Kimia Malaysia mendapati buangan dilupuskan secara haram itu disyaki terdiri daripada cecair mengandungi sebatian pelarut terpakai (SW322) dan bahan-bahan pepejal dan bekas yang dicemari bahan kimia serta buangan terjadual (SW409).

Proses pemindahan buangan dari lokasi pertama ke tempat penyimpanan sementara selesai sepenuhnya dengan bantuan pemilik tanah dan buangan di lokasi kedua kini dalam proses pembersihan berikutan tiada jalan masuk ke kawasan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya