Mayat tanpa identiti ditemukan terapung dalam sungai - Utusan Malaysia

Mayat tanpa identiti ditemukan terapung dalam sungai

ANGGOTA bomba mengangkat mayat yang ditemukan tersangkut di longgokan batang pokok hanyut di bawah jambatan kereta api Sungai Cempias, Kampung Punti, Kuala Kangsar hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Mayat lelaki dipercayai warga tempatan ditemukan tersangkut di longgokan batang pokok hanyut di bawah jambatan kereta api Sungai Cempias, Kampung Punti di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Ahmad Izuwan Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan untuk membantu polis mengangkat mayat lelaki itu pada pukul 11.44 pagi.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, terdapat mayat seorang lelaki tanpa baju dan hanya berseluar dalam keadaan terapung di bawah jambatan

“Operasi segera dijalankan dengan anggota turun ke tengah sungai untuk mengangkat mayat dan dibawa ke tebing.

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 12.30 tengah hari,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya