Mayat remaja lemas semasa mandi sungai ditemukan

Mayat remaja lemas semasa mandi sungai ditemukan

PASUKAN mencari dan menyelamat mengusung mayat Mohd. Yusuf Adnan yang ditemukan lemas di Sungai Neram, Kemaman, Terengganu.  - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN : Selepas hampir 14 jam pencarian, pasukan mencari dan menyelamat menemukan mayat remaja lelaki yang hilang di Sungai Neram di Felda Neram 1, dekat sini, semasa mandi dan memancing di bersama 10 rakannya, semalam.

Komander Operasi Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat (STORM) Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohd. Zailani Abdullah berkata, mayat Mohd. Yusuf Adnan,16, ditemukan kira-kira pukul 8.10 pagi ini.

“Ketika membuat pencarian, pasukan penyelamat melihat objek berwarna biru menyerupai pakaian mangsa di permukaan air dan apabila didekati menggunakan bot, kita dapati objek itu adalah mangsa. Mayatnya dijumpai pada jarak 400 meter dari lokasi terakhir dia dilihat.

“Mangsa mangsa yang lengkap berpakaian itu ditemui tersangkut pada dahan kayu yang berada dalam air,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Terdahulu, media melaporkan pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Neram itu dikhuatiri lemas ketika mandi dan memancing di sungai itu bersama 10 rakannya, kira-kira pukul 4 petang semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya