Mayat mendiang kakak dari Korea Selatan tiba di Sabah esok - Adik

Mayat mendiang kakak dari Korea Selatan tiba di Sabah esok – Adik

MENDIANG Olivia Richard
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Mayat mendiang Olivia Richard, 46, yang meninggal dunia di bandar Andong Wilayah Gyeongsang Utara, Korea Selatan dijangka tiba di Kota Kinabalu, kira-kira pukul 11 pagi esok.

Mendiang meninggal dunia akibat serangan jantung dan ditemukan oleh rakan sekerjanya di rumah sewa mereka.

Adik mendiang, Dora Richard memberitahu mayat mendiang kakaknya akan dibawa pulang ke kampung halaman mereka di Kampung Novoung, Papar bagi penghormatan terakhir sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Libagu, Papar.

Sebelum ini, Utusan Malaysia menyiarkan tentang kisah keluarga Dora yang memohon sumbangan orang ramai berjumlah RM35,000 untuk membawa pulang mayat mendiang kakaknya dari Korea Selatan.

Selepas laporan akhbar mengenai keluarga ini disiarkan, mereka berjaya memperoleh dana yang diperlukan atas sumbangan kerajaan negeri melalui Yayasan Kebajikan Sabah.

Dora adalah ibu tunggal kepada tiga anak yang berusia antara sembilan hingga 14 tahun yang kini berada di Papar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya