Mayat lelaki luka di muka, kepala ditemukan dalam parit - Utusan Malaysia

Mayat lelaki luka di muka, kepala ditemukan dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang awam menemukan mayat lelaki tempatan dalam keadaan terbaring di dalam parit di Pandan Mewah, Ampang dekat sini dengan kesan luka di bahagian muka dan kepala semalam.

Penemuan mayat itu dilaporkan kira-kira pukul 11.55 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, siasatan mendapati mayat terbabit adalah seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun.

Kata beliau, mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap di parit berkenaan.

“Hasil pemeriksaan dijalankan oleh Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman mendapati terdapat kesan luka di bahagian muka dan kepala mangsa.

“Mayat berkenaan dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagi proses bedah siasat,” katanya di sini.

Tambah beliau, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut (SDR).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya