Mayat disumbat dalam bagasi dipercayai lelaki warga asing

Mayat disumbat dalam bagasi dipercayai lelaki warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Penemuan mayat berulat di dalam sebuah bagasi di Taman CP6, Cheras Perdana, Kajang semalam mendapati lelaki berkenaan merupakan warga asing susulan tiada tanda suntikan BCG ditemui.

Berdasarkan laporan bedah siasat dijalankan di Hospital Serdang hari ini, mayat berkenaan adalah lelaki berusia dalam 20-an.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, proses bedah siasat dijalankan di Hospital Serdang lelaki itu mempunyai ketinggian 155 sentimeter (sm) dan berat 45 kilogram (kg) berkulit cerah, tiada tatu atau tanda lain di badannya.

Kata beliau, mangsa jug tidak bersunat selain ketika ditemukan dia berpakaian baju serta seluar pendek floral warna hijau.

“Badannya juga dalam keadaan utuh dan sempurna serta memakai cincin warna perak di jari kanan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hussein berkata, tiada kecederaan lain ditemui selain hanya tulang hidung patah.

“Punca kematian tidak dapat disahkan dan menunggu keputusan makmal.

“Kita tidak menolak kemungkinan mangsa adalah lelaki warga asing namun siasatan masih dijalankan,” jelasnya.

Beliau berkata, mayat juga dimasukkan ke dalam bagasi dengan tubuh badanya dilipat.

“Pihak polis memohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa tampil menyalurkan maklumat,” katanya.

Semalam, satu laporan polis dibuat kira-kira pukul 11.45 pagi berhubung penemuan bagasi berbau busuk daripada orang awam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya