Maxis, Astro, Bumi Armada dan MEASAT sumbang RM5 juta kepada Dana Ihsan MADANI

Maxis, Astro, Bumi Armada dan MEASAT sumbang RM5 juta kepada Dana Ihsan MADANI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sokongan dan sumbangan terkini daripada empat syarikat utama iaitu Maxis, Astro, Bumi Armada dan MEASAT secara bersama menyumbangkan sebanyak RM5 juta kepada Dana Ihsan MADANI.

Perdana Menteri berkata, sumbangan itu bertujuan untuk menyokong usaha bantuan dan pemulihan bagi mangsa-mangsa banjir yang sedang giat dijalankan di seluruh negara.

“Setiap organisasi ini telah memainkan peranan penting dalam membantu komuniti-komuniti yang terjejas melalui pelbagai inisiatif kemanusiaan.

“Moga sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang terkesan akibat musibah banjir ini, Insya-Allah,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya.

Anwar berkata, dana Ihsan MADANI merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk menyediakan bantuan segera kepada komuniti yang terjejas akibat bencana alam, dengan kerjasama sektor korporat dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, sumbangan daripada syarikat-syarikat tersebut melambangkan komitmen sektor korporat dalam memainkan peranan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu masyarakat yang memerlukan.

“Sehingga kini, usaha bantuan terus dipergiatkan, termasuk penyediaan makanan, tempat perlindungan sementara serta keperluan asas untuk mangsa-mangsa banjir.

“Keprihatinan dan kerjasama semua pihak amat dihargai dalam memastikan pemulihan komuniti yang terjejas dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya