Mara mulakan program TVET libatkan pekerja gig

Mara mulakan program TVET libatkan pekerja gig

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (Mara) melalui GiatMara akan memulakan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada pekerja sektor gig.

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, langkah itu bagi memboleh pekerja sektor gig mampu menyertai program latihan dalam pelbagai kemahiran secara separuh masa.

Jelasnya, pengenalan itu juga membolehkan mereka yang sudah melangkau usia dapat meneruskan kehidupan dengan menggunakan kemahiran yang dipelajari untuk mendapatkan pendapatan.

“Sampai bila pekerja gig seperti penghantar barangan dan makanan akan terus bekerja dalam industri gig yang lebih berupa sambilan? Jika melangkau 40-an dan berkeluarga waktu itu tenaga sudah kurang.

“Kalau tidak ada kemahiran lain atau sijil pendidikan sukar mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup. Insya-Allah Mara dan GiatMara sudah merumuskan satu program latihan TVET buat kumpulan pekerja gig yang boleh sertai program latihan dalam pelbagai kemahiran secara separuh masa.

“Selain daripada memperoleh kemahiran, dapat juga Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf. Hari ini melalui Dasar TVET Negara, dengan sijil SKM tahap 3 dan 4 boleh sambung ke peringkat Diploma bahkan ke peringkat ijazah,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Ogos lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kadar kebolehpasaran pelajar yang mengikuti program TVET berada sekitar 97.4 peratus, hasil kolaborasi pemain industri dan institusi TVET.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata, jumlah itu merupakan peningkatan daripada 94.5 peratus yang dicatatkan tahun lalu.

Sebelum ini, dilaporkan terdapat seramai 1.16 juta pekerja terbabit dalam pelbagai industri GIG di negara ini. 

Bagaimanapun kajian oleh Pusat Revolusi Perindustrian Keempat Malaysia (Pusat 4IR) menunjukkan seramai 19 peratus pekerja gig di Malaysia merancang untuk menjadikan kerjaya itu sebagai pekerjaan jangka panjang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya