Mangsa kanak-kanak lemas ditemukan, seorang masih hilang

Mangsa kanak-kanak lemas ditemukan, seorang masih hilang

OPERASI SAR mangsa hilang semasa mandi di pantai Kampung Bundusan, Papar diteruskan hari ini-IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAPAR: Aktiviti mandi-manda bertukar menjadi tragedi apabila dua ditemukan lemas, seorang mangsa masih hilang manakala, seorang selamat di pantai Kampung Bundusan, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, dua mangsa ditemukan lemas dikenali sebagai Rizq Aariz Abd Aziz Julkarnain, 14, dan Rubern Vitalis berusia tujuh tahun.

Mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Karl Marx Vitalis, 48, dan mangsa selamat dikenali sebagai Matthew Kana Vitalis, 12.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata, mangsa kedua lemas iaitu Rubern ditemukan terdampar di tepi pantai kira-kira pukul 6.56 petang semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan.

Katanya, daripada dua mangsa yang ditemukan oleh penduduk kampung, seorang mangsa meninggal dunia semasa diberi bantuan pernafasan (SAR) oleh pegawai perubatan manakala, seorang lagi selamat.

Operasi SAR ditangguhkan pada pukul 9.30 malam dan operasi disambung semula hari ini. Operasi hari ini dibantu oleh Unit Drone dan Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).

Sementara itu, Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd. Ali menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga sahabat zaman sekolahnya, Karl Marz Vitalis yang hilang dibawa arus ombak semalam.

“Karl adalah Ahli Majlis Daerah Papar dan sehingga kini Karl masih belum ditemui. Sementara, dua ahli keluarganya telah ditemukan meninggal dunia akibat lemas.

“Salam takziah kepada seisi keluarga termasuk adinda Datuk Ir. Aziz Julkarnain yang kehilangan anakanda tersayang,” katanya.

Abd Aziz Julkarnain adalah Ketua Sekretariat War Room UMNO Sabah dan juga bekas Ketua Pemuda UMNO Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya