KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus berkurangan kepada 3,951 orang daripada 907 keluarga setakat pukul 8 pagi ini.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, ia susulan penutupan empat pusat pemindahan sementara (PPS) secara berperingkat lewat petang semalam.
Ketika ini, hanya 12 PPS beroperasi di dua daerah iaitu lapan di Kemaman dan empat di Dungun. – UTUSAN