Mangsa banjir Terengganu berkurangan 25,907 orang

Mangsa banjir Terengganu berkurangan 25,907 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus berkurangan kepada 25,907 orang daripada 6,740 keluarga setakat pukul 8 pagi ini.

Ia susulan penutupan 39 pusat pemindahan sementara (PPS) secara berperingkat lewat petang semalam menjadikan jumlah terkini ialah 142 PPS di lapan daerah.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu memaklumkan, Dungun merekodkan jumlah mangsa tertinggi pagi ini iaitu 7,928 orang daripada 1,959 keluarga di PPS.

“Di Kuala Nerus pula, terdapat 17 PPS disediakan untuk 6,781 mangsa daripada 1,779 keluarga manakala di Besut, jumlahnya ialah 4,362 orang daripada 1,266 keluarga di 37 PPS.

“Banjir di Kuala Terengganu pula menyebabkan 3,896 mangsa daripada 969 keluarga masih berlindung di 12 PPS manakala di Hulu Terengganu, terdapat 20 PPS masih beroperasi untuk 1,069 mangsa daripada 306 keluarga pagi ini,” katanya.

Selain itu, situasi banjir di tiga daerah iaitu Setiu, Marang dan Kemaman semakin pulih pagi ini dengan jumlah mangsa tidak lebih 1,000 orang di setiap daerah.

“Di Setiu, hanya 706 mangsa daripada 164 keluarga masih berada di 13 PPS, Marang pula ialah 685 mangsa daripada 173 keluarga di sembilan PPS dan Kemaman pula, terdapat 480 mangsa daripada 124 keluarga di empat PPS,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya