Mangsa banjir Kelantan, Terengganu meningkat 1,533 orang

Mangsa banjir Kelantan, Terengganu meningkat 1,533 orang

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) melaksanakan operasj menyelamat mangsa banjir di kawasan yang mula dinaiki air di Machang, Kelantan. - IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu meningkat kepada 1,533 orang setakat pukul 8 pagi ini.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir yang direkodkan adalah seramai 882 orang berbanding 651 orang malam tadi membabitkan 267 keluarga yang ditempatkan di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah iaitu Tanah Merah, Kuala Krai dan Machang.

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan ketika dihubungi berkata, Tanah Merah merekodkan mangsa paling ramai iaitu 633 mangsa membabitkan 208 keluarga yang berada di 13 PPS, manakala di Kuala Krai 165 mangsa membabitkan 38 keluarga dan Machang 84 mangsa daripada 21 keluarga.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan berkata, Sungai Golok di Rantau Panjang mencatat paras bahaya sehingga pagi ini berikutan hujan lebat berterusan yang melanda negeri ini sejak pagi semalam.

Di Terengganu, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 651 orang daripada 177 keluarga di tiga daerah iaitu Hulu Terengganu, Besut dan Kemaman.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, terdapat 17 PPS dibuka di tiga daerah itu ketika ini iaitu 11 di Hulu Terengganu, lima di Besut dan satu di Kemaman.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran pula melaporkan satu sungai telah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Telemong di stesen Kampung Kuala Ping di daerah Hulu Terengganu. Dua lagi sungai pula telah melimpah melebihi paras amaran iaitu Sungai Nerus di stesen Kampung Bukit (Setiu) serta Sungai Tebak di stesen Jambatan Tebak (daerah Kemaman). – UTUSAN

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya