Mangsa banjir diberi kaunseling 

Mangsa banjir diberi kaunseling 

PASUKAN perubatan Malaysian Relief Agency (MRA) menjalankan pemeriksaan kesihatan mangsa banjir di Kampung Bela Oh, Hulu Besut, Terengganu. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Malaysian Relief Agency (MRA) Terengganu menyediakan khidmat kaunseling bagi membantu mangsa banjir yang terkesan dari segi emosi dan mental akibat kedatangan tengkujuh.

Pengerusinya, Dr. Mohd Ismail Mohd Isa berkata, ia adalah salah satu inisiatif mereka untuk membantu meringankan beban emosi mangsa banjir.

“MRA mempunyai kaunselor bagi memastikan mangsa banjir ini sihat dari segi mentalnya kerana kita tahu minggu emosi mereka ini terjejas apabila melihat keadaan rumah selepas banjir.

“Kaunseling ini membolehkan mereka meluah dan berkongsi masalah yang dihadapi terutama mangsa banjir yang mungkin mengalami gangguan tekanan selepas trauma (PTSD),” katanya  selepas misi bantuan banjir MRA di Hulu Besut, di sini hari ini.

Menurut beliau, MRA turut menyediakan khidmat klinik bergerak bagi melakukan pemeriksaan kesihatan mangsa terlibat.

“Selain itu, MRA mengagihkan bantuan makanan dan barangan keperluan kepada 100 ketua keluarga yang terjejas banjir di enam kampung di Hulu Besut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya