PETALING JAYA: Mangsa banjir meningkat kepada 1,657 orang melibatkan penduduk di negeri Kelantan, Terengganu dan Sabah, setakat pagi ini ekoran hujan melanda Pantai Timur sejak semalam.
Berdasarkan maklumat portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa kini mendapatkan perlindungan di 38 buah pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara.
Jumlah mangsa di Kelantan mencecah 913 orang merangkumi 279 keluarga apabila tiga daerahnya iaitu Tanah Merah, Kuala Krai dan Machang dinaiki air dan ditempatkan di 19 PPS.
Terengganu mencatatkan 182 keluarga terjejas dengan keseluruhan 673 mangsa yang dipindahkan ke 18 PPS di sekitar daerah Besut, Hulu Terengganu dan Kemaman.
Bagi Sabah pula, seramai 71 mangsa melibatkan 12 keluarga terjejas akibat banjir di daerah Semporna dan sedang berlindung di sebuah PPS di daerah berkenaan. – UTUSAN