Mana penganjur? Pembeli tiket minta ‘refund’ segera - Utusan Malaysia

Mana penganjur? Pembeli tiket minta ‘refund’ segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembeli tiket Konsert One Love Music 2024 mendesak penganjur, Tuff KL, untuk memulangkan wang pembelian tiket dengan kadar segera. 

Tindakan penganjur membatalkan acara 12 jam sebelum konsert bermula telah menimbulkan kemarahan apabila terdapat pembeli tiket yang sudah menghabiskan sejumlah wang untuk menempah penginapan. 

“Macam itu sahaja batalkan konsert, aniaya saya yang datang jauh-jauh,” tulis satu komen.

“Sudah beli tiket, tapi batal. Minta ‘refund’ macam mengemis balik duit sendiri. Kalau dapat Alhamdulillah, kalau tidak, haramkan sahajalah penganjur itu,” kata seorang pembeli tiket.

Utusan Malaysia cuba menghubungi penganjur bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai proses pembayaran semula (refund) namun usaha itu tidak berjaya. 

Difahamkan, sejak acara dibatalkan, penganjur didakwa menghilangkan diri dan gagal dihubungi.

Perkara tersebut  membuatkan beberapa hal termasuk urusan pembayaran kepada artis dan pembeli tiket terbengkalai seketika. 

Terdahulu, menerusi sebuah kenyataan akhbar, penganjur  One Love Music 2024 membatalkan acara di saat akhir iaitu 12 jam sebelum konsert bermula akibat kekurangan dana.

Penganjur bagaimanapun memohon maaf dan akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyelesaikan perkara yang berkaitan. 

Ketika berita itu disampaikan, beberapa artis luar negara iaitu Nadin Amizah dan Feby Putri sudah berada di Malaysia untuk persembahan.

Menerusi hantaran di Instagram, penyanyi Indonesia, Nadin Amizah turut memaklumkan pihaknya juga belum dibayar sepenuhnya selain menyifatkan tindakan tersebut membuang waktu dan tenaga. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya