Malaysia-Turkmenistan mahu isu Palestin ditangani secara damai

Malaysia-Turkmenistan mahu isu Palestin ditangani secara damai

ANWAR Ibrahim bercakap pada sidang akhbar bersama Presiden Turkmenistan, Serdar Berdimuhamedow di Putrajaya. - UTUSAN/KAMARIAH KHALIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia dan Turkmenistan menegaskan bahawa cabaran antarabangsa harus ditangani secara damai termasuk berkenaan isu Palestin.

Menerusi kenyataan bersama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkmenistan, Serdar Berdimuhamedow menekankan bahawa inisiatif damai tersebut harus selaras dengan undang-undang antarabangsa dan resolusi-resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan.

Pada masa sama, kedua-kedua pemimpin itu turut menyeru supaya akses bantuan kemanusiaan ke wilayah Palestin tidak dihalang.

“Mereka menekankan kepentingan penyelesaian yang adil dan berkekalan untuk membawa keamanan dan kestabilan kepada rantau berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Berdimuhamedow diberi sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra di sini sempena lawatan rasmi dua hari ke negara ini.

Dalam pada itu, kedua-dua pemimpin berkenaan turut menekankan keperluan usaha bersama untuk membina keyakinan dan persefahaman, serta mengukuhkan kestabilan serantau serta antarabangsa.

Prinsip tersebut selaras dengan kedua-dua Zon Aman, Bebas dan Berkecuali ASEAN (ZOPFAN) serta inisiatif Turkmenistan untuk Zon Aman, Kepercayaan dan Kerjasama di Asia Tengah.

“Dalam Malaysia bersiap sedia untuk memegang jawatan Pengerusi ASEAN pada tahun 2025, sokongan yang diberikan oleh Turkmenistan akan memperkukuhkan lagi visi bersama ini, mempromosikan saling memahami, kemerdekaan serantau dan usaha keselamatan bersama.

“Malaysia menggalakkan Turkmenistan untuk mempertimbangkan penyertaan dalam Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC),” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Anwar menerima undangan Berdimuhamedow untuk melakukan lawatan balas ke Turkmenistan pada tarikh yang akan diputuskan melalui saluran diplomatik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya