Malaysia sumbang AS$5 juta kepada Inisiatif Kerajaan Hashimiah Jordan

Malaysia sumbang AS$5 juta kepada Inisiatif Kerajaan Hashimiah Jordan

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia hari ini menyerahkan sumbangan AS$5 juta kepada rakyat Palestin menerusi Inisiatif Kerajaan Hashimiah Jordan.

Sumbangan itu disampaikan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan kepada Duta Besar Jordan Dr Ismael Maddallah Suliman Maaytah di Wisma Putra, di sini.

Mohamad berkata, sumbangan AS$5 juta itu adalah hasil derma rakyat Malaysia di bawah tabung Akaun Amanah Khas Rakyat Palestin (AAKRP).

“Ini adalah usaha Malaysia, rakyat dan kerajaan. Kita akan terus membantu rakyat Palestin yang mengalami kekejaman yang tidak berperikemanusiaan di Gaza.

“Rakyat Malaysia sememangnya mempunyai jiwa yang sentiasa bersama untuk membantu sesiapa sahaja dalam kesusahan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Sumbangan daripada Malaysia kepada Palestin di bawah Inisiatif Kerajaan Hashimiah Jordan, di sini.

Katanya, sebanyak RM99 juta sumbangan telah dikumpulkan di bawah tabung AAKRP sejak ia ditubuhkan Oktober 2023.

Mohamad berkata, lebih RM70 juta telah diserahkan kepada pihak-pihak berkaitan yang dalam misi membantu Palestin.

“Termasuk hari ini (sumbangan AS$5 juta), kita telah pun menyerahkan kepada pihak-pihak tertentu di sana dan juga melalui wakil NGO (badan bukan kerajaan) kita di sini, seperti Op Ihsan dan lain-lain.

“Ada sedikit lagi, dan kita akan serahkan pula terus kepada pihak Palestin supaya mereka dapat membina atau mengurus semula perigi-perigi yang telah pun dimusnahkan; bantuan perubatan yang amat diperlukan, dan lain-lain lagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya